Pages

Wednesday, April 22, 2015

Sadness Overload :'(

        So, it's been a while eh? haha hi sume, lama siot aq x update blog ni, da bersawang da, nasib bak igt password kalau x mmang citernye mati blog ni hahaha.

       erm erm, nk citer ape ek? X tau la nak citer ape sbb da lama sgt x update blog ni, ape kata aq citer pasal pengalaman aq praktikal kat JKRBP ni haa, erm ok gak.

       bagi yang nak tau, aku praktikal atau dikenali sebagai Program Latihan Industri selama 5 bulan iaitu 1 sem... haa lama kan? huhu bagi aq mmang lama gila, dah la aq baru sem 4, maknanya aq akan ngadap lagi 2 sem lepas abis praktikal ni..

       Mungkin kalini banyak gamba sbb aq suka expressed something pakai gamba, ape korang nak pkir pkir la hahaha.
First time masok JKRBP ni rasa kekok siot, yela xde pengalaman kerja kat ofis tetibe masok ofis, memula segan gak nak tegor staf yang ada, tapi xkan kita nak sorok muka je sepanjang masa kan? So akhirnya aq akan buka mulut gak ntuk tanya apa2.

Kat sini aq ditempatkan bawah bahagian jalan atau lebih spesifik lagi bahagian maintenance jalan, tapi yang peliknya kenapa kak Jai letak aq kat tempat pelukis pelan? hahah sume pelik bila tanya aq course ape aq amik, mne taknya duduk kat bahagian pelukis pelan tapi amik kejuruteraan awam. hahaha 

straight to the point memula aq x suka gila duk ofis ni atas sebab2 yang tertentu, tapi disebabkan ada staf yang baik dan memahami aq, so aq bertahan setakat mana yang aku mampu.

Pengalaman yang paling aq x suka.... erm kne jadik penyelia site kot, mne x nye, kau budak praktikal tapi dy letakkan kuasa penyelia sepenuhnya kat kau yg separuh matang ni, kat situ da nampak da dy pye x munasabah ntuk bagi keje kat budak praktikal. Ada gak yang lain, tapi aq malas nk cakap sbb mungkin akan buka aib orang, ahahah.

ade pengalaman pahit jugak, tapi tu atas sebab seseorang, xnak cakap sebab bagi aq, pengalaman manis lagi banyak kat sini berbanding dgn pengalaman pahit tu, so just enjoy my life being here. hahaha

basically, bila kau da dudok ofis ni, macam2 kerja la yang kau bleh buat, lagi2 kat hq ni ha, byk benda yang aq da tolong staf ni mcm tolong uruskan perlawanan sukan dan urusan pentadbiran.



haa tu la kitorang mse kat ofis, time ni ramai dak praktikal sbb sume dari politeknik.

nak cerita pengalaman manis tu mmang banyak laa, dari kumpulan pelajar praktikal hinggalah urusan pentadbiran jabatan, segalanya aq ingat :)

Benda pertama yang menyentuh hati aq masa first time tolong pengurusan sukan badminton, mula2 kak faezah panggil aq ngan en. mansor ntuk tolong carikan hadiah ntuk pertandingan badminton tertutup JKR. Semua berlaku ngan mendadak, mula2 kak faezah rupanya kenal mak aq, yela sbb mak aq da lama kerja kat pejabat daerah kan? so ramai la yang kenal mak aq. lepas da dpt beli hadiah, kitorang pon pegi la makan, ordernya depan2 ngan org kedai tu, time tu en. mansor da duduk kat meja depan kedai, aq plak tgh order makanan. So xde ape yang menarik minat aq ntuk makan, jadik aq amik la ikan asam pedas ngan sayur, orang kedai tu bleh cakap plak "ikan ambik sama macam abah eh?"
HAHAHAHAH time tu kalau bleh aq nk gelak on the spot tapi apa kan daya aq x sanggup
haha sampai skarang aq x citer lagi kat en. mansor, tapi da post kat insta, anak dy da baca, x tau la kalau anak dy citer kat dy haha
Then, proceed la teros masa hari perlawanan badminton tu...
time tu aq x sedar lagi, rupanya kak sayah da prasan psal aq ngan mak aq, haha dy punya la soal siasat aq time tu, nasib baik jadik linesman, bole la lari hahahaha

sejak tgok diorang main badminton ni la aq start respect gila ngan staf - staf ni, terutamanya kak faezah, en. mansor ngan staf yang ada kaitan ngan mak aq.



Satu lagi yang aq respect ngan diorang ni, kitorang budak praktikal bertungkus lumus tolong diorang, tapi diorang tak lupa, last2 lpas abis, diorang cakap terima kasih kat kitorang sume, walaupun x dapat pape, tapi terima kasih tu da cukup ntuk kitorang terasa dihargai :')


to tell the truth, minggu main badminton tu adalah minggu ke 19, lagi seminggu je nak abis LI. Time tu aq terkedu sekejap bila tgok kalendar, aq x sangka sbb masa begitu cepat berlalu, aq x sempat ambil masa berkualiti dengan staf - staf ni.
last day aq x sama ngan diorang yg kluar ngan aq haha sebab aq amik masa lagi 1 hari ntuk terima kasih dengan staf - staf yg x dpat aq jumpa masa aq last day, aq x mampu beri pape, just ucap terima kasih dan minta maaf kat staf tu. Tapi yang bahagian jalan dapat la jugak mug yg kitorang beli hahaha

and lastly,


on the very last day, aq dapat selfie ngan en. mansor, the most respected staff in the organization.
Dia sporting, dia gentle, bagi aq dia x pernah tgok kitorang budak praktikal ni sebagai budak praktikal, malahan sebagai kawan atau mungkin sebagai anak.
Sangat aktif, semua sukan dia masuk, haha aq pon x caya mse tu aq tgok sume sukan dia masok.
Dia sentiasa tunjuk teladan yang baik dari segi protokol pemakaian di dalam pejabat.
Sayang haritu aq x mampu cakap terima kasih kat dy, mungkin sebab aq terlalu segan dengan dy, sedangkan dy sendiri cakap terima kasih kat aq sebab bagi hadiah mug tu kat dy. so much i have learned from him... stay strong stay fit encik :)
terima kasih encik, saya x mampu nak balas jasa encik dan staf yang lain, halalkan ilmu dan makan minum yang encik semua telah beri. Saya hanya mampu doakan kesihatan dan kesejahteraan semua seisi keluarga.

I'm crying while posting this like i'm crying inside the car on my last day as a practical student....
terima kasih JKRBP, terima kasih staf2, terima kasih pelajar praktikal yang lain, ada rezeki kita jumpa kat luar, moga ukhwah yang terjalin berkekalan. aq xkan lupa lagu "ezad lazim - hati mati" sebab time last day tu betul2 dy start lagu tu masa aq masuk kereta... :')


regards,
RUSYDI